Dua perkataan yang cukup untuk meruntun hati.
Seorang anak yang memahami kesusahan ibunya. Sebuah keluarga yang terpaksa mengorbankan kegembiraan kecil menjelang Deepavali.
Inilah realiti yang ingin diketengahkan menerusi filem pendek khas Deepavali terbitan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).
Ketika bank-bank terus mencatat keuntungan besar, ribuan pekerja bank B40 dan M40 masih menunggu penyelesaian Bantuan Perayaan yang telah dijanjikan.
Mengapa keluarga pekerja perlu terus berkorban sedangkan hak mereka masih belum diselesaikan?
SPCAAM berpandangan bahawa kebajikan pekerja bukan sekadar soal bantuan atau ihsan. Ia soal keadilan, maruah dan tanggungjawab.
YB Ramanan dan Kementerian Sumber Manusia perlu mengambil langkah konkrit untuk membantu menyelesaikan pertikaian ini.
Deepavali sepatutnya menjadi perayaan penuh cahaya dan kegembiraan, bukan satu lagi peringatan tentang janji yang belum ditunaikan.
Solidariti bersama pekerja bank dan keluarga mereka.
Tonton video penuh “TAK APA, AMMA” terbitan NUBE hingga ke penghujungnya. Hayati mesejnya dan kongsikan agar lebih ramai memahami pengorbanan keluarga pekerja.
https://www.facebook.com/reel/29407813428858160
#SPCAAM #NUBE #NUBEMalaysia #TakApaAmma #ItsOkayAmma #Deepavali2026 #BantuanPerayaan #FestivalAid #YBRamanan #RamananManaTindakan #HakPekerja #WorkersRights #KeadilanUntukPekerja #JusticeForWorkers #MaruahPekerja #WorkersDignity