Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah pengecualian Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM2,000.
Dalam kenyataan media bertarikh 30 Oktober 2026, MTUC menegaskan bahawa setiap pekerja berhak menerima gaji minimum yang adil tanpa mengira saiz atau jenis perusahaan tempat mereka bekerja.
SPCAAM berkongsi kenyataan media penuh MTUC seperti berikut:
⸻
KENYATAAN MEDIA
30 Okt 2026
BANTAHAN PENGECUALIAN GAJI MINIMA KEPADA PMKS
1. Pekerja bawahan sekali lagi kecewa selepas beberapa tahun di umpan dengan kenaikan gaji minima. Pekerja bawahan menanti gaji minima baru seperti menunggu bulan jatuh keriba.Akhirnya pekerja membuka bungkusan hadiah tetapi isinya kosong. Pekerja PMKS yang di tinggalkan oleh KESUMA kerana tidak mendapat gaji minima RM2000 seramai 3 juta orang.
2. MTUC menerima pelbagai reaksi terhadap pengumuman kadar gaji minima baru selepas belanjawan 2027.Reaksi berkaitan pengecualian kadar gaji minima baharu RM2000 kepada syarikat PMKS adalah yang paling keras dan ketidakpuasan amat ketara terutama pekerja bawahan seperti tukang cuci dan pengawal keselamatan.
3. MTUC melalui Mesyuarat Majlis AM mengambil ketetapan bahawa gaji minima semestinya di berikan kepada semua pekerja tanpa mengambil kira perniagaan. Gaji RM2000 adalah tidak sesuai sebagai gaji minima di bandingkan dengan desakan gaji minima RM3100 dan COLA sebanyak RM300.
4. Menjelang Jun 2027 kadar gaji minima RM2000 akan di laksanakan kecuali PMKS adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pekerja. Langkah kebelakang mengenai dasar gaji minima dengan mengecualikan PMKS memberi petanda bahawa pekerja akan terpinggir dalam suasana harga barangan semakin meningkat. Sepatutnya kadar gaji minima baru adalah langkah progresif dalam ekosistem pekerjaan di Malaysia.
5. Kenapa pengecualian di berikan pada PMKS tanpa had masa.Kerajaan tidak boleh membiarkan pekerja PMKS begitu sahaja tanpa tarikh tertentu Adakah kerajaan memilih kapitalis daripada pekerja kerana syarikat PMKS telah melobi .Adakah kerajaan bersedia untuk kehilangan sokongan pekerja berbanding sokongan syarikat PMKS.
6. Kenyataan Ketua Setiausaha Penbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican. yang MPGN telah bersetuju dengan penetapan kadar gaji minimum RM2,000 sebulan dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang dianggotai wakil kesatuan pekerja dan majikan. Kenyataan ini adalah cubaan untuk meletakkan kesalahan pada wakil kesatuan sekerja padahal mereka tidak di iktiraf sebagai perwakilan organisASI MTUC.
7. Adakah MPGN telah mengambil kira formula gaji minima yang telah di buat semenjak 2013. MPGN perlu istihar gaji minima sebenar berdasarkan kepada formula gaji minima negara. MTUC yakin gaji minima berdasarkan formula adalah melebihi RM2400.
8. Kecacatan MPGN adalah tidak mewakili majoriti pekerja kerana perlantikan wakil pekerja adalah kuasa Menteri Sumber Manusia yang semestinya melantik dariada golongan mesra KESUMA. Ketiadaan wakil MTUC di dalam MPGN telah bertentangan dengan konvensyen 144 ILO. Perkara ini telah di tegur dalam laporan misi penasihat teknikal ILO pada tahun ini.
9. Kerajaan harus menarik balik pengecualian kepada PMKS dan kerajaan boleh berikan dana kepada PMKS untuk membayar gaji minima baru. Kerajaan perlu gunakan kuasa untuk naikan gaji minima pada PMKS secara berperingkat bermula kenaikan RM100 pada Jun 2027,tambahan RM100 pada Sept 2027 dan tambahan RM100 pada Dec 2027. Menjelang 2028 semua pekerja akan mendapat gaji RM2000.
10. MTUC akan menghimpunkan tandatangan pekerja PMKS sebagai bantahan kepada kerajaan atas pengecualian gaji minima baru.MTUC mengajak pekerja PMKS dan semua pekerja supaya bersolidariti untuk menghantar bantahan terhadap kerajaan kerana diskriminasi gaji minima. Bantahan ini akan di salurkan juga kepada ILO dan Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa
KAMARUL BAHARIN BIN MANSOR
SETIAUSAHA AGUNG
⸻
Tonton video berkaitan di TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSgWxJucr/
#GajiMinimumRM2000 #GajiAdil #HakPekerja #PekerjaPMKS #KeadilanGaji #MaruahPekerja #SolidaritiPekerja #KosSaraHidup #MinimumWage #FairWages #WorkersRights #MSMEWorkers #WageJustice #WorkerDignity #WorkerSolidarity #CostOfLiving #SocialJustice