AWAS PANGGILAN TIDAK DIKENALI

 

AWAS PANGGILAN TIDAK DIKENALI

 

 

Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan telefon yang mematikan talian secara tiba-tiba atau senyap tanpa suara. Taktik ini berpotensi digunakan untuk eksploitasi suara, termasuk disalah guna melalui teknologi AI bagi tujuan penipuan.

Menurut Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, setakat ini polis belum menerima laporan rasmi berkaitan suara mangsa dirakam melalui panggilan kosong dan digunakan untuk menipu kenalan. Namun, langkah berjaga-jaga tetap penting.

Pesanan penting untuk semua ahli & keluarga:

• Jangan jawab atau bercakap lama dengan panggilan mencurigakan

• Elakkan mengesahkan maklumat peribadi

• Segera tamatkan panggilan yang mencurigakan

• Laporkan kepada pihak berkuasa jika menerima panggilan meragukan

Keselamatan kita adalah tanggungjawab bersama. Sebarkan peringatan ini agar lebih ramai dilindungi daripada jenayah penipuan.

Berita penuh:

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

#WaspadaPenipuan #KeselamatanDigital #ScamAwareness #ElakPenipuan #AwasPanggilan #CyberSecurity #LindungiDiri #StayAlert #NoToScams