“Ini bukan langkah populis. Ini tanggungjawab sosial!” – Ahmad Zaki Shah

 

“Ini bukan langkah populis. Ini tanggungjawab sosial!” – Ahmad Zaki Shah

 

 

NUBE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Zaki Shah bin Shah Headan, Pegawai Penyelaras KADUN Teluk Bahang & Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, bersama seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Balik Pulau atas sokongan jitu terhadap kempen #HapusCajRM1.

"Makcik ada RM70 je dalam akaun, nak keluar beli barang dapur, tapi ATM tulis baki tak cukup. Rupanya sebab caj RM1, makcik terpaksa balik dengan tangan kosong."

Kata-kata ini mewakili jeritan hati rakyat marhaen. Bila duit sendiri tak boleh dikeluarkan hanya kerana caj tidak munasabah—sistem itu sudah gagal!

Ahmad Zaki menegaskan bahawa caj RM1 ini membebankan rakyat dan mesti dihapuskan serta-merta! Ini bukan isu politik, ini soal keadilan sosial dan hak rakyat atas wang mereka sendiri.

Terima kasih atas solidariti berani yang menyuarakan penderitaan rakyat bawah.

Tandatangan & sebarkan petisyen ini sekarang: www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #SolidarityWithThePeople #BNMRemoveTheATMFee #ItIsOurMoney #PeopleBeforeProfits #SolidaritiRakyat #PemudaBersamaRakyat #BNMHapuskanCajATM #DuitSendiriHakKita #RakyatBersatuRakyatMenang #PayNet #BNM #MADANI