Pada 12 Februari 2025, hari kedua Thaipusam, NUBE Perak terus menggerakkan kempen #HapusCajRM1 dengan penuh semangat! Bertempat di hadapan NUBE PRK Union House, yang terletak di laluan utama perarakan chariot menuju Kuil Kallumalai, pasukan kami turun padang mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan daripada ribuan penganut serta orang ramai yang hadir.
Momentum Semakin Kuat!
Sambutan luar biasa! Rakyat dari pelbagai latar belakang tampil menandatangani petisyen, berkongsi kegelisahan mereka tentang caj RM1 yang membebankan, terutamanya bagi golongan pekerja dan mereka yang sering menggunakan ATM antara bank.
"Thaipusam bukan hanya tentang perayaan, tetapi juga tentang keadilan sosial. Kami berdiri bersama NUBE untuk menuntut hak kami!" – Kata salah seorang penyokong kempen.
Terima kasih kepada semua yang menyokong! Dari penganut yang singgah sebentar untuk menandatangani petisyen, hinggalah kepada sukarelawan yang bekerja tanpa mengenal penat—anda adalah nadi perjuangan ini!
Perjuangan masih belum selesai! Jika anda belum tandatangan, tandatangani petisyen sekarang dan sebarkan kepada rakan & keluarga.
Tandatangan di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1
Sebarkan video ini! Bersama, kita kuat!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #RakyatDahCukupTerbeban #KeutamaanRakyatBukanKeuntungan #PeopleOverProfits #EveryRinggitMatters