Kebangkitan solidariti ahli-ahli NUBE di Pahang semakin kuat dan hebat, kerjasama semangat berpasukan sukarelawan dikalangan ahli-ahli NUBE KLSP melambangkan kekuatan dan keberanian rakyat Pahang.
"PAHANG GAGOH, RAKYAT SEPAKAT!”
Kempen Hapus Cas RM1 di Pahang untuk mendapatkan tandatangan sokongan rakyat Pahang terus mencetuskan gelombang kesedaran yang luar biasa! Sambutan hangat daripada masyarakat membuktikan bahawa isu caj RM1 bagi pengeluaran tunai di ATM semakin mendapat perhatian dan sokongan yang padu.
Tarikh: 11 Februari 2025 (Selasa)
Lokasi:
Pasar Malam Indera Mahkota Kuantan Pahang
Bandar Kuantan Pahang
Perkampungan Beserah Kuantan Pahang
Setiap tandatangan yang dikumpulkan adalah bukti rakyat semakin sedar dan sepakat menuntut keadilan. Kempen ini bukan sekadar suara individu, tetapi suara kolektif rakyat yang menolak caj yang membebankan!
Solidariti luar biasa yang ditunjukkan oleh sukarelawan di kalangan ahli NUBE di Pahang juga sangat mengagumkan. Tanpa usaha mereka, kempen ini tidak akan sampai ke tahap ini!
Perjuangan diteruskan! Jangan berhenti bersuara, teruskan menyokong Kempen Hapus Cas RM1 sehingga kemenangan berpihak kepada rakyat!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive