Thaipusam kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi medan kebangkitan suara rakyat! Bermula jam 3:00 petang, pasukan NUBE PKP turun ke Jalan Utama, Pulau Pinang, membawa misi jelas—menghapuskan caj RM1 MEPS yang menindas rakyat!
Dipimpin oleh Pengerusi Cawangan, Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen, bersama Naib Pengerusi Sdr Zainul, Setiausaha Kehormat Sdri Siti Haryati, dan pasukan hebat NUBE, mereka bergerak pantas dalam ribuan pengunjung, menyampaikan kesedaran dan mengumpul tandatangan. Sambutan luar biasa!
Apa kata rakyat? “Caj RM1 ini membebankan! Ini bukan isu kecil, semua orang kena!” – En Krishnan, Butterworth “Setiap sen penting. RM1 mungkin kecil, tapi kalau berkali-kali, jadi ratusan ringgit!” – Pn Letchumy, ibu tunggal
Dari utara hingga selatan, rakyat bersatu menolak caj RM1! Pengunjung dari Kedah, Perak, hingga Selangormenunjukkan solidariti, tidak lagi mahu berdiam diri!
Thaipusam telah bersuara! Anda bila lagi? Jika ternampak pasukan NUBE, pastikan anda tandatangani petisyen ini! https://www.change.org/HapusCajRM1
Bersama kita berjuang, bersama kita menang!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive