#HapusCajRM1 Gegar Thaipusam di Ipoh!

 

#HapusCajRM1 Gegar Thaipusam di Ipoh!

 

 

Sempena sambutan Thaipusam di Jalan Sultan Idris Shah, pasukan NUBE Perak turun padang dengan penuh semangat di sepanjang laluan perarakan kavadi menuju ke Kuil Kallumalai, Ipoh.

Di bawah kepimpinan yang berwibawa, pasukan NUBE berjaya menarik perhatian ratusan penganut dan pengunjungyang tidak teragak-agak untuk menandatangani petisyen #HapusCajRM1. Suasana penuh meriah dengan laungan sokongan yang menunjukkan rakyat semakin lantang menolak caj RM1 ATM yang membebankan!

"Kami datang untuk Thaipusam, tapi kempen ini menyentuh hati kami. Caj RM1 ini membebankan, terutama bagi golongan berpendapatan rendah," kata salah seorang penganut yang hadir.

Keberanian dan dedikasi pasukan NUBE Perak jelas membuahkan hasil – sambutan luar biasa membuktikan bahawa perjuangan ini adalah milik semua rakyat Malaysia!

Belum tandatangan petisyen? Jangan tunggu lagi!

Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1

Bersama kita hapuskan caj yang menindas ini!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive