Pada malam 9 Februari 2025, kakitangan NUBE HQ yang berdedikasi bersama sukarelawan hebat, diketuai oleh Encik Micheal Thomas, Encik Yoges, dan Encik Thillai, turun padang tanpa henti mengumpul tandatangan penganut Thaipusam bagi menyokong pemansuhan caj RM1 ATM.
Terima kasih kepada ribuan penganut yang sudi meluangkan masa walaupun sedang menjalani perjalanan spiritual mereka. Sokongan luar biasa ini membuktikan bahawa perjuangan ini milik seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya NUBE.
Ucapan terima kasih khas untuk YB Loga Bala Mohan Jaganathan & Saudara Muthu (bekas ahli NUBE, HSBC) atas kesudian menerima kami di Thaneer Panthal PPP Wilayah Persekutuan. Sokongan mereka, selepas dihubungi oleh Setiausaha Agung NUBE, Saudara J Solomon, telah memberikan kami ruang dan peluang untuk berinteraksi dengan para penganut, sekali gus memastikan kejayaan inisiatif ini.
Salute kepada kakitangan NUBE HQ yang sanggup berkorban tanpa tidur, terus berjuang dengan penuh semangat demi rakyat! Kami komited untuk mencapai 1 juta tandatangan. Kami tidak akan berhenti sehingga caj RM1 ini dimansuhkan!
Bersama, kita cipta perubahan!
Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1
Kongsi dengan rakan & keluarga! Bersama, kita kuat!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive