Gelombang #HapusCajRM1 Terus Merebak di Selatan!

 

Gelombang #HapusCajRM1 Terus Merebak di Selatan!

 

 

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 terus menggegarkan Johor dan Melaka! Dari Tangkak ke Jasin, dari bandaraya bersejarah Melaka hingga ke kampung dan pekan kecil, rakyat bangkit menyuarakan bantahan terhadap caj RM1 yang membebankan!

Barisan pejuang di lapangan terdiri daripada Bro Khalis yang mengetuai kempen di Tangkak, Johor (Utara), Bro Aznor, Ahli Jawatankuasa Cawangan yang aktif bergerak di Melaka Bandaraya Bersejarah, serta Bro Mohd Fahmi, Ahli Jawatankuasa Kerja yang memimpin usaha di Jasin, Melaka.

Di setiap lokasi, sambutan yang diterima luar biasa! Orang ramai bukan sahaja menandatangani petisyen, malah berkongsi kisah bagaimana caj RM1 ini memberi kesan kepada kehidupan harian mereka. Dari peniaga kecil ke pekerja biasa, dari belia hingga warga emas, semua sepakat – CAJ RM1 INI WAJIB DIMANSUHKAN!

Momentum semakin kuat, suara rakyat semakin lantang! Kami akan terus bergerak ke lebih banyak lokasi, membawa perjuangan ini ke setiap pelosok tanah air! Jika anda nampak pasukan kami, jangan lepaskan peluang untuk turun padang, tanda tangan, dan sebarkan kesedaran ini!

Bersama, kita perjuangkan hak rakyat!

Jika anda juga mahu keadilan, tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive