Pulau Pinang terus digegarkan dengan kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1! Kali ini, Sdri. Marjaan dan pasukan turun ke Lebuh Pantai, Georgetown & Taman Semilang, Seberang Jaya untuk mengumpul suara rakyat menentang caj RM1 yang membebankan!
Suara rakyat semakin lantang! "RM1 nampak kecil, tapi bila dihitung setiap bulan, ia menambah beban, terutama kami yang sering gunakan ATM!"
Sokongan juga datang dari barisan hadapan negara! Beberapa anggota polis di kawasan tersebut turut menandatangani petisyen, menunjukkan bahawa perjuangan ini bukan hanya milik segelintir, tetapi isu rakyat Malaysia secara keseluruhan!
Dengan semangat yang semakin membara, kempen ini akan diteruskan di seluruh negara sehingga KEADILAN DICAPAI! Jika anda nampak pasukan kami, jangan lepaskan peluang untuk TANDATANGANI PETISYEN dan sertai perjuangan ini!
Bersama, kita lawan ketidakadilan!
Jika anda juga mahu keadilan, tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ipoh #GerbangMalam