Di Warung 9 Beradik, Tanah Liat, suara rakyat semakin lantang. Dari pagi hingga petang, Sdri. Marjaan bersama pasukan NUBE PKP bergerak dari meja ke meja, menyampaikan maklumat, mendengar keluhan, dan mengumpul tandatangan dari mereka yang merasakan beban caj RM1 ini.
Seorang peniaga kecil berkongsi rasa: “Kami tiada pilihan, ATM bank sendiri jauh. RM1 mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi kami yang pendapatannya cukup-cukup makan, ini satu beban.”
Di satu sudut lain, seorang ibu menandatangani petisyen sambil berkata: "RM1 ini kalau dikira setiap bulan, setiap tahun, jumlahnya besar. Duit itu lebih baik digunakan untuk keluarga.”
Hari itu, ratusan tandatangan berjaya dikumpulkan. Bukan sekadar tanda tangan, tetapi tanda bantahan.
Kempen ini bukan tentang RM1 semata-mata. Ia tentang ketidakadilan, tentang rakyat yang dipaksa membayar caj yang tidak perlu, tentang suara kecil yang perlu didengar.
Perjuangan ini belum selesai. Kami akan terus bergerak ke seluruh Pulau Pinang dan Malaysia.
Jika anda juga mahu keadilan, tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ipoh #GerbangMalam