Kakitangan NUBE HQ & NUBE KLSP turun ke Brickfields! Kali ini, pasukan kami bersama rakyat di jalanan, mendekati orang ramai yang bersetuju bahawa caj RM1 ATM MEPS adalah satu beban yang tak sepatutnya wujud!
Dari pekerja restoran, pemandu teksi, peniaga kecil hingga ke pelajar—rakyat Malaysia bersuara! Setiap tandatangan yang dikumpul membawa kita selangkah lebih dekat ke arah 1 JUTA tandatangan untuk menghapuskan caj RM1 ini!
Maklum balas daripada orang ramai? Luar biasa!
"Kenapa nak bayar RM1 untuk keluar duit sendiri? Tak masuk akal!"
"Kami sokong NUBE! Kerajaan mesti dengar suara rakyat!"
Brickfields dah bersuara, sekarang giliran anda! Jika anda nampak pasukan NUBE, jangan ragu-ragu untuk tandatangan! Atau tandatangan secara online di sini https://www.change.org/HapusCajRM1
Rakyat bangkit! Kita teruskan perjuangan ini sampai menang!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #BrickfieldsBersatu #BrickfieldsUnited #Brickfields