Lokasi: Parlimen Jelutong, Majlis Pelancaran "DROP FOR CASH," Program 3R bersama Komuniti Parlimen Jelutong. Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthon, dan Ahli Parlimen Jelutong, YB RSN Rayer, hadir memberi sokongan penuh!
Pasukan NUBE PKP yang Terlibat: Diketuai oleh Sdr. Zainul, bersama Sdr. Hafiz, Sdr. Alvin, Sdr. Baskaran, Sdri. Siti Haryati, Sdri. Harinder, Sdri. Mehga, dan Sdri. Mazira. Mereka gigih mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan petisyen.
YB RSN Rayer Berkata: “Kempen ini adalah langkah baik untuk membantu rakyat. Parlimen Jelutong akan sentiasa menyokong usaha yang memberikan manfaat besar kepada komuniti.”
Maklum Balas Hebat: Penduduk setempat tampil menandatangani petisyen sambil berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana caj RM1 membebankan kehidupan harian mereka.
Dengan semangat membara dan sokongan komuniti, kempen ini diteruskan di seluruh Malaysia untuk mencapai 1 Juta Tandatangan demi penghapusan caj RM1 yang tidak adil!
Sertai Kami! Tandatangani petisyen anda di lokasi kempen atau secara dalam talian di https://www.change.org/HapusCajRM1.
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TLDM