Baru-baru ini, pasukan NUBE PKP, diketuai oleh Bro Zaini Halidan, turun padang di Lotus Stargate, Alor Setar dan lokasi-lokasi lain untuk terus mengumpulkan sokongan bagi memansuhkan caj RM1 MEPS yang membebankan rakyat.
Sambutan Luar Biasa!
Penduduk Kedah menyatakan sokongan penuh, berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana caj ini memberi kesan negatif terhadap kehidupan seharian mereka.
“Caj ini nampak kecil, tapi lama-lama membebankan, terutama bagi kami yang bergantung pada pendapatan harian,” kata seorang penduduk Alor Setar.
Sehari sebelumnya, Sdri. Siti Haryati (Setiausaha Cawangan NUBE PKP) mengetuai kempen di Sungai Petani, di mana penduduk tempatan turut menyuarakan keperluan mendesak untuk memansuhkan caj ini.
Bro Zaini Halidan berkata, “Kami amat bersyukur dengan sokongan rakyat Kedah. Ini membuktikan bahawa rakyat sedar dan bersedia bersatu demi perubahan!”
Matlamat Kami: 1 Juta Tandatangan!
Kempen ini akan diteruskan di lokasi lain di Kedah dan seluruh negara. Jumpa kami, tanda tangan petisyen, dan bersama kita perjuangkan hak rakyat!
Bersama kita boleh hapuskan ketidakadilan ini!
Ayuh, kita bangkit bersama! Tandatangani petisyen kami di https://www.change.org/HapusCajRM1 !
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TLDM