Tahukah anda bahawa setiap caj RM1 pengeluaran ATM antara bank tidak hilang begitu sahaja? Ia terus masuk ke poket PayNet, Bank Negara Malaysia, dan 11 bank pemegang saham.
Mereka telah meraih ratusan juta ringgit daripada wang titik peluh anda, sambil memaksa anda membayar untuk akses kepada wang anda sendiri. Adakah ini adil? Kami tidak fikir begitu.
Semasa pandemik COVID-19, caj ini dimansuhkan. Jika mereka boleh hentikan dahulu, kenapa tidak sekarang?Jawapannya mudah: keuntungan lebih penting daripada rakyat.
Inilah yang anda boleh lakukan:
Tandatangani petisyen hari ini!
1. Di Change.org: https://www.change.org/HapusCajRM1
2. Di laman web kami: https://www.nube.org.my/hapus_caj_rm_one
Ingin tahu lebih lanjut? Layari laman web kami untuk mengetahui bagaimana caj ini memberi kesan kepada jutaan rakyat Malaysia dan mengapa ia perlu dimansuhkan.
Bertindak SEKARANG. Tandatangani petisyen, kongsikan dengan rakan dan keluarga anda, dan sertai gerakan ini untuk menuntut keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee