Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah melancarkan kempen tandatangan untuk mengumpulkan satu juta tandatangan bagi mendesak kerajaan memansuhkan caj RM1 pengeluaran ATM antara bank.
Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon, berkata, "Walaupun RM1 nampak kecil bagi sesetengah orang, ia menjadi beban besar apabila terkumpul, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah."
Beliau juga menegaskan, "Adalah tidak adil bagi PayNet terus meraih berjuta-juta ringgit dengan mengenakan caj RM1 untuk pengeluaran ATM daripada bank yang berbeza. Yang kaya semakin kaya, sementara yang miskin terus menderita."
NUBE komited untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini dengan menandatangani petisyen.
Kempen ini boleh diakses secara dalam talian melalui laman web rasmi NUBE dan Change.org, serta melalui usaha lapangan di mana ahli NUBE akan berinteraksi dengan orang awam di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut dan tandatangan petisyen, layari: https://www.nube.org.my/hapus_caj_rm_one
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition