Caj RM1 ATM Bebankan 15 Juta Pengguna, Kata Presiden CAKE

 

Caj RM1 ATM Bebankan 15 Juta Pengguna, Kata Presiden CAKE

 

 

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff, menegaskan bahawa caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di ATM tidak memberikan manfaat jelas kepada 15 juta pengguna dan membuatkan mereka berasa tertindas.

"Sebelum ini, kita menggunakan ATM dan sistem antara bank tanpa sebarang caj, namun bank tidak mengalami kerugian. Kini, syarikat-syarikat ini mengenakan caj tidak munasabah yang membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menambah, "Kita mengeluarkan wang kita sendiri, tetapi mereka meraih keuntungan berjuta-juta ringgit. Walaupun RM1 nampak kecil, ia amat bernilai bagi rakyat, terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup."

Mohd Yusrizal menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)untuk memansuhkan caj ini bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Baca artikel penuh NST disini.

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat