SAMBUTAN HARI PEKERJA
2024 ANJURAN SPCAAM
SPCAAM,buat julung kalinya akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja 2024 pada 5 Mei 2024 bersamaan hari Ahad. Sambutan ini akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, 6-8, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, Greentown, 30450, Ipoh, Perak bermula pada jam 10 pagi.
Sempena sambutan ini, SPCAAM telah membuat tuntutan kepada semua majikan di Malaysia untuk memberikan bantuan sebulan gaji kepada semua pekerja sempena menyambut hari perayaan utama di Malaysia. Sehubungan dengan itu, tuntutan atau tema sambutan adalah, "Tuntutan Bantuan Sebulan Gaji Untuk Perayaan"
Di antara acara-acara menariknya yang telah dijadualkan adalah Forum Hari Pekerja. Forum ini bertujuan untuk mengupas dengan lebih lanjut berkenaan tuntutan SPCAAM ini. Bagi memeriahkan sambutan, SPCAAM akan mengadakan cabutan bertuah dan tarian kebudayaan Malaysia. Untuk melengkapkan sambutan ini, makanan tengahari turut disediakan.
SPCAAM ingin menjemput semua ahli SPCAAM, warga pekerja, ahli kesatuan sekerja dan masyarakat umum untuk hadir dalam program ini.
Sila hubungi Saudara Jabbar di talian 019-972 2555 atau Saudara Zul di talian 014-732 2665 untuk maklumat lanjut.
PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA.