Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) merupakan satu gabungan yang terdiri daripada lebih 38 Kesatuan Sekerja dan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) yang terdiri daripada lebih 100 Kesatuan Sekerja. CAMU dibentuk untuk menzahirkan pendirian membantah Rang Undang Undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2023 yang akan menyebabkan impak yang negatif.
Rang Undang-undang tersebut selepas bacaan kali pertamanya di Dewan Rakyat, pada 9 Oktober 2023. Rang Undang-undang ini kemudiannya diluluskan oleh Dewan Rakyat, pada hari berikutnya pada 10 Oktober 2023.
CAMU telah meneruskan bantahan terhadap RUU ini sejak tahun 2022 lagi dan akan terus membantah beberapa cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang berikutan kesan negatif, termasuk yang berikut:
Mahkamah Persekutuan pada tahun 2017 telah memutuskan bahawa kepelbagaian Kesatuan Sekerja akan mewujudkan ketidakharmonian. Ini dibuktikan di dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank Bhd V. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank & Anor – Mahkamah Persekutuan Putrajaya Arifin Zakaria Cj Suriyadi Halim Omar Fcj Azahar Mohamed Fcj Zaharah Ibrahim Fcj Balia Yusof Wahi Jca [Civil Appeal No: 02-46-07-2015(W)] 10 Mac 2017
“Terdapat Kesatuan Sekerja yang sudah wujud yang mewakili industri yang sama dan ia harus disedari oleh DG bahawa keberbilangan Kesatuan Sekerja berkenaan perkerjaan yang sama tidak akan memupuk keharmonian industri”
CAMU mendapati bahawa sebahagian besar peruntukan yang telah diluluskan akan membawa lebih banyak keburukan dan impak negatif ke atas hak dan kepentingan kaum pekerja dan juga pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia. Maka CAMU,